Komponen jata Lambang_negara_Indonesia

Garuda

Burung Garuda dikenal melalui mitologi kuno dalam sejarah kerajaan yang wujud sebelum adanya Indonesia - ia misalnya merupakan kendaraan Wisnu menyerupai burung helang rajawali dalam kepercayaan Hindu Jawa dan Bali. Dalam tradisi Bali, Garuda dimuliakan sebagai "Tuan segala makhluk yang dapat terbang" dan "Raja agung para burung". Di Bali ia biasanya digambarkan sebagai makhluk yang memiliki kepala, paruh, sayap, dan cakar elang, tetapi memiliki tubuh dan lengan manusia. Biasanya digambarkan dalam ukiran yang halus dan rumit dengan warna cerah keemasan, digambarkan dalam posisi sebagai kendaraan Wishnu, atau dalam adegan pertempuran melawan Naga. Burung ini turut tampil di berbagai candi kuno di Indonesia, seperti Prambanan, Mendut, Sojiwan, Penataran, Belahan, Sukuh dan Cetho dalam bentuk relief atau arca

Burung ini melambangkan kebangkitan Indonesia sebagai suatu "bangsa yang besar dan negara yang kuat", lagi-lagi dengan bulu keemasan yang melambangkan keagungan dan kejayaan. Paruh, sayap, ekor, dan cakar ia melambangkan kekuatan dan tenaga pembangunan.

Setiap anggota burung Garuda mempunyai bilangan ditetapkan:

  • Jumlah bulu pada setiap sayap berjumlah 17 helai
  • Jumlah bulu pada ekor berjumlah 8 helai
  • Jumlah bulu di bawah perisai/pangkal ekor berjumlah 19 helai
  • Jumlah bulu di leher berjumlah 45 helai

Kesemua ini membentuk kombinasi 17-8-19-45, yakni tarikh Proklamasi Kemerdekaan Indonesia dibacakan pada 17 Ogos 1945.

Perisai

Perisai jata Garuda Pancasila.

Perisai di tengah dada Garuda melambangkan pertahanan bangsa Indonesia. Simbol-simbol di dalam perisai masing-masing melambangkan sila-sila dalam Pancasila, iaitu:

  • Bintang melambangkan sila Ketuhanan Yang Maha Esa
  • Rantai melambangkan sila Kemanusiaan Yang Adil Dan Beradab
  • Pokok ara melambangkan sila Perpaduan Indonesia
  • Kepala banteng melambangkan sila kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permesyuaratan/perwakilan
  • Padi dan kapas melambangkan sila Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia

Warna merah-putih melambangkan warna bendera nasional Indonesia, merah melambangkan keberanian manakala putih bererti kesucian. Garis hitam tebal yang melintang di tengah perisai melambangkan wilayah Indonesia yang dilintasi garisan Khatulistiwa.

Pita

  • Pita yang dicengkeram oleh burung helang bertuliskan semboyan negara Indonesia iaitu Bhinneka Tunggal Ika yang membawa pengertian "berbeza beza, tetapi tetap satu jua".